Dasar Privasi MyBayyan
Berkuat kuasa: 25 November 2026
MyBayyan ialah aplikasi pengurusan sekolah KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardu Ain) untuk kegunaan admin, guru dan ibu bapa murid sekolah yang melanggan. Akaun hanya diberikan oleh sekolah; aplikasi ini tidak dibuka kepada orang awam dan tidak digunakan oleh murid. Dasar ini menerangkan data yang disimpan, sebabnya dan cara ia dilindungi, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Malaysia).
1. Siapa yang bertanggungjawab
Setiap sekolah KAFA yang menggunakan MyBayyan ialah pemilik data murid, ibu bapa dan gurunya. Pembangun MyBayyan menyediakan dan menyelenggara sistem bagi pihak sekolah, dan tidak menggunakan data tersebut untuk tujuan lain.
2. Data yang disimpan
- Akaun pengguna (admin & guru): nama, alamat emel, peranan dan gambar profil (jika dimuat naik).
- Murid: nama, nombor MyKid / sijil lahir, tarikh & tempat lahir, jantina, alamat, catatan kesihatan (jika diisi), kelas, kehadiran, yuran & pembayaran, markah peperiksaan dan catatan guru.
- Ibu bapa / penjaga: nama, nombor telefon, alamat emel dan alamat. Maklumat sulit (nombor kad pengenalan, pekerjaan, majikan, julat pendapatan) hanya boleh dilihat oleh admin sekolah.
- Akaun ibu bapa: satu akaun bagi setiap keluarga, log masuk dengan nombor MyKid anak dan PIN 6 digit. PIN disimpan dalam bentuk cincang (tidak boleh dibaca semula). Ibu bapa hanya melihat maklumat anak sendiri: kehadiran, yuran & resit, keputusan peperiksaan yang diterbitkan sekolah, notis dan makluman.
- Pendaftaran dalam talian: maklumat yang diisi oleh ibu bapa dalam borang pendaftaran murid baharu, bersama rekod persetujuan PDPA.
- Guru: rekod cuti, rancangan pengajaran harian (RPH) dan rekod kehadiran guru (punch card).
- Lokasi: semasa guru menekan butang punch masuk/keluar, aplikasi membaca lokasi telefon untuk menyemak sama ada guru berada dalam kawasan sekolah. Hanya jarak dari sekolah (dalam meter) disimpan; koordinat lokasi tidak disimpan. Lokasi tidak dibaca di latar belakang.
3. Tujuan penggunaan
Data digunakan untuk pentadbiran sekolah sahaja: rekod murid, kehadiran, kutipan yuran, prestasi dan slip keputusan, cuti dan kehadiran guru, laporan kepada pihak sekolah, serta makluman dan emel berkaitan akaun kepada ibu bapa (contohnya PIN sementara, set semula PIN dan pertukaran emel). Data tidak dijual, tidak digunakan untuk iklan dan tidak dikongsi dengan pihak ketiga untuk pemasaran.
4. Penyimpanan & keselamatan
- Data disimpan dalam pangkalan data Supabase (pusat data di Singapura) dan disulitkan semasa dihantar (HTTPS).
- Akses dikawal ikut peranan: guru hanya melihat kelas sendiri; maklumat sulit ibu bapa untuk admin sahaja; ibu bapa hanya melihat anak sendiri. Data setiap sekolah diasingkan daripada sekolah lain.
- Akaun ibu bapa dikunci selepas 5 kali PIN salah.
- Setiap perubahan penting direkodkan dalam log audit.
- Salinan sandaran harian disulitkan dan disimpan selama 30 hari.
5. Pihak ketiga yang digunakan
- Supabase - pangkalan data, log masuk dan simpanan fail.
- Cloudflare - pengehosan versi web.
- Brevo - penghantaran emel akaun kepada ibu bapa (alamat emel dan nama anak sahaja).
- WhatsApp - hanya apabila pengguna sendiri memilih untuk menghantar peringatan atau berkongsi dokumen.
6. Tempoh simpanan
Data disimpan selagi sekolah menggunakan MyBayyan atau selagi diperlukan untuk rekod sekolah. Apabila sekolah berhenti menggunakan sistem, data sekolah itu dipadam atas permintaan sekolah, atau selepas satu tahun akaun sekolah tidak aktif tanpa sebarang perhubungan (selepas notis diberikan).
7. Hak anda
Ibu bapa boleh menyemak maklumat anak dalam aplikasi, dan memohon pembetulan nombor telefon, emel dan alamat melalui tab Profil (diluluskan oleh sekolah). Untuk pembetulan lain atau pemadaman data anak, sila hubungi pihak sekolah. Pengguna (admin/guru) boleh meminta akaun dipadam - lihat Padam akaun.
8. Hubungi kami
Emel: [email protected]